demo menulis khat & seni mushaf al-Quran
Blog ini di bina pada 2010 oleh Ustazah Juariah
demo menulis khat & seni mushaf al-Quran
sebahagian acara di hari tuatan kasih adalah menggayakan tudung dengan cantik dan baik. sebagai muslimah kita harus pandai menggayakan tudung dengan baik dan cantik. walaupun ia nampak cantik tapi jangan lupa pada aurat yang mana itu adalah tuntutan Ilahi. tuntutan menutup aurat adalah kerana mengelak dari fitnah dan gangguan lelaki jahat. dizaman ini ramai wanita memperlekehkan perintah Allah terutamanya tentang aurat. ingatlah wahai muslimat sekelian diakhirat nanti ramai wanita yang masuk neraka adalah kerana TIDAK MENUTUP AURAT.
PPIM SMKKKB menganjurkan ceramah mengenai rahsia alam jin serta doa-doa dan pantang larang ketika masuk hutan. Ceramah ini disampaikan oleh Cikgu Mohd Diah b. Arjan. Pendedahan ini penting khususnya bagi pelajar unit beruniform yang sinonim dengan aktiviti perkhemahan, ekspedisi masuk hutan dll. Program ini juga mendapat sambutan daripada unit uniform lain dan guru-guru.
pertandingan ini sempena hari tautan kasih PPIM 2010 yang dianjurkan oleh PPIM SMKKKB, acara ini diadakan setiap tahun bagi mencari peserta untuk ke peringkat daerah. setiap tahun PPIM daerah Hulu Sealngor mengadakan pertandingan ini, setiap tahun PPIM SMKKKB mencari pelajar yang berjaya bagi mewakili sekolah ke peringkat daerah.
Copyright 2010
Pergerakan Puteri Islam Malaysia SMKKKB. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by The Bookish